Baiklah. Tanpa membuang masa sila la
sediakan pen dan kertas untuk menyalin resepi hebak lazat hensem memikat hati
ini. KEK MARBLE SUSU. Jangan pandang kek susu aku ni sebelah mata eh? Tak pernah up gambar dekat FB takut riak pulokk.
**Libas shawl
Aku kan pernah sampai bodek member kerja RHB dulu mintak
resepi cookies choc dia yang sedap enak lazat tu dia taknak share. Cisss bukannya dia berbizzness pun.. taik idung masin kan? Dunia ni
memang tak adil. Yang gemok ditindas, yang cantik disanjung. Eh. Hahaha. Tak per.. sebab kalau ada pun resepi belum2 tentu aku rajin membuat.
Sebab Kek lembut ni la yang adik ku Nad
tertewas. Asyik makan - makan- makan- dan makan. Dia sedar tak dia tu dah 95KG hahahaa.. Sabar sabar... Kalau malas exiercise dapat makan kaki. Pilih la. Tapi dia suka badan gemok. Dia lah cakap. Ntah tulus dari hati ke ntah
Baiklah. Panjang pulak celoteh. Mari
kiter teruskan dengan resepi.
BAHAN-BAHAN
3 biji telur
1 cawan majerin / butter (Brand tatura)
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis (aku jadikan 3 sudu)
1 sudu kecil esen vanilla
2- 3 Pewarna ikut suka koranglah
CARA BUAT
1. Pukul Majerin / butter bersama gula sampai kembang
2. Kemudian masukkan telur satu persatu
3. Pukul lagi adunan hingga kembang
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat rata dan sebati
5. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder ( KAUP BALIK JER.. PAHAM?)
6. Bahagikan warna pada 2 atau 3 bhg dan bubuh warna ikut suka hati
6. Tuangkan ke atas loyang yg dah disapu majerin atau di alas kertas kek
7. Tuangkan satu persatu warna selang seli
8. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah (Api atas bawah)
Sedia dihidangkan. Kekadang
makananan simple macam ni pun kalau sesekali dapat maka
syorrrrgaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bersama teh serai panas!
Sekian, selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment