>

Monday, 12 October 2015

Yups! I am the lazy blogger! #mukamenguap


Assalamualaikum

Fuhhh hampir setgh tahun aku mendiamkan diri dalam arena penulisan blog. Tak payah arena-arena sangat ye! Cakap jer lah ekau tu pemalas.

Aku kan baru pas bersalin (anak dah 4 bulan dah pon!), Since anak 3 ni Zup zap zup zap! Sepantas halilintar buat kerja rumah hari2. Takder der dah nak sambung-sambung tidur ye macam dulu kala. Sekarang ni life is about time and opportunity you know? Cewah! Baru rasa macam mana anak 3 kecil menghuru-harakan hidup Mom and Papa. Hahaha. Its a happy problem. All is well... All is well...

Oh ya! my dotter name is Iva Khadeeja. Aku memang dah berangan dah dapat anak pompuan taruh nama Khadeeja. Sebb Isma dh meletakkan wajibul ghunnah nama depan I. Maka dia pilih lah nama depan. Kali ni we'oll decide letak 2 nama only. Panjang hoihh letak 3 nama. Dah lah nama bapak 3 ela. Esk kang mase akad nikah tk ke termengah2 pengantin lelaki lafas 1 nafas?

kite masuk bab 'tek'. Malam tadi aku kopekkan dia mengiring sambil baring. Dia memang suka cara cenggini. Mudah plak budak kecit tu tido. Tapi yang tak bestnya, time bawak berjalan pon nak menyusu sambil baring. Mengape ngko.  Mana plak tmp aku nak landing ni. lainlahhh ong kaya mcm Arm tokei lembu pakai vellfire boleh laaaaa seat jadikan cam katil urut tu sesambil kaki ke atas. 

Oh. Alhamdulillah. Berat nampaknya macam jauhhhhh lagi nak kembali pada asal. Hergh Last timbang masa sebelum masuk labour room is about 63kg. Tak banyak naik masa last 2 weeks sebelum bersalin. Mengembang habes badan. Now setelah 4 bulan bersalin jarum tu statik kat 60. 3KG je turun? mustahillll... Biaserlah pompuan saiko ingat dh selim sgt!

Sebenornya tak banyak sangat effort untuk menguruskan badan. Cuma makan hari-hari macam takder la beria macam zaman mengandung kan? So macam senang nak lose weight and maybe jugak sebab breast feed kot? Entah. Ada ker theory yang kata kalau BF kiter akan senang nak lose weight. Well, tepuk dada tanya selera. Sebab aku manjang laporrrr. Bila laporrr mulalah mood swing. So bila boleh kurusnye? Cuba Cakap. Cuba cakap. Aku GARANG ni. (Sebab tgh lapor kan haha).

Oh btw pipel. Tak payah nak belagak awal sangat. Sebab ramai yang kata, badan akan naik right after habes pantang.  Kalau tak jaga badan, sila la masuk team biggest loser dot com. Sekian dilaporkan. Terus nak bye sebab teringat lepas ni akan jadik gemok. Tsssk tsssk.



Dah nampak muka Isma habes dah. Sekejab je ikut muka aku. Anak papa sangat kan?


aku request dengan Isma teringin minum ais. poyo jer.. kekonon pantang ais like forever tapi ngan jerebu ni asyik kering tekak jer. Pastu kata dia. 'Ok! Jom kiter makan dessert nak? so inilah yg aku dapat... 





Tuesday, 21 April 2015

Setelah Menjadi Surirumah


Assalamualaikum



Haluuuuu.. nampaknya hari-hari asyik rajin menulis je... korang kan suka baca kan kan kan?

Memang ‘bajet’ kan ayat di atas? Macamlah pengunjung blog aku beribu sehari. Nak cecah 50 pon susah (pengakuan no 1) waakakakaka.. kesian sangat. 


OK Straight to the point. Aku berkerja. Tapi selalu angan-angan nak jadi kaya mcm mana aku hendak menjadi seorang surirumah (pengakuan no 2). Buat saat ni MASIH BELUM BOLEH bertukar kerjaya dari seorang yg bekerja untuk duduk di rumah. Mungkin sebab financial? Ntah la.. mungkin jugak sebab  fikir kalau jadi suri rumah semua benda kerja rumah 100% aku kena handle. So Isma boleh lepas tangan. Ohh noooooo  noooooooo.. aku tak boleh imagine semua benda aku kena settle. Pening pening penat penat (pengakuan no 3). If you’re searching for controversy, there is none.

Mak (Nanny) aku  adalah seorang surirumah in the truest sense. Tapi dia menjadi suri rumah pun setelah aku dah sekolah menengah. Ok aku anak sulung. Sebelum itu beliau berkerja di JPA dan mak mengambil keputusan untuk retired awal. Selama hidup aku membesar dan adik-adik dijaga oleh orang gaji. Walau pun mak bekerja, balik dari office dia tetap masak untuk makan malam (sebab ayah aku tak mahu orang gaji yg masak) di samping melayan karenah suami dan anak-anak. Setiap pagi juga dia akan menyediakan sarapan utk kami walaupun ada orang gaji. Itu konsep dia haaaaa.  Mungkin ibu kamu pun seperti ini.

Ada teori yang mengatakan kita tidak akan menyimpan apa-apa memori tentang apa yang berlaku sebelum kita 5 tahun. Tetapi aku ada memori di mana mak aku, setiap kali dia hendak keluar rumah ke office, aku dan adik aku (nad gomok) akan menarik2 baju mak  konon jangan bagi mak pergi kerja.

Aku ada memori membawa bekal cokodok ke sekolah hingga aku darjah 4. Mak aku berusaha menggoreng cokodok di pagi-pagi buta dan meletakkan ke dalam Tupperware untuk dibawa sebagai bekal ke sekolah. Kadang-kadang diselang dengan kueh 'gedebek'. Eee aku suka sangat gedebek tu. Simple sangat masaknya. Bancuhan macam hendak buat lempeng, bila atas api terus taburkan nyor (kelapa parut) dan gula. Kemudian lipat 2 or 3. Dia punya sedap sampai tangan kawan2 sekolah akan menghulur serentak ke dalam bekal aku untuk mengambil isinya. Mereka suka gedebek mak aku. Mereka kata mak mereka tak ada masa untuk membuat sarapan.

Kadang-kadang aku rasa malu kerana terpaksa membawa bekal. Budak-budak lain bawa RM1 atau RM2 sehari. Mereka dapat membeli air warna warni. Mereka dapat membeli nasi lemak di kantin. Tapi perasaan malu itu lama kelamaan hilang. Sesimple mana pun sarapan mak aku buatkan, dia tetap gigih bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan dan menyiapkan diri beliau untuk pergi kerja. 

Dan contrary to the misconception bahawa surirumah tidak mempunyai pilihan lain, helloooo mak aku ada sijil di dalam setiausaha (mungkin ada nama lain - Mak aku memang seorang setiausaha di JPA) 

Bila dia menjadi suri rumah sepenuh masa, of course orang gaji pun ayah aku tak ambil dah. Mak jadi terlalu overwhelming. Dia rasa macam tak cukup masa untuk membuat semua benda.  Aku pula pada usia yang muda seorang yang demanding. Begitu juga yang lain. Bangun-bangun, mana sarapan pagi? Kenapa air dalam peti sejuk ni dah habis? Kenapa baju sekolah yong tak iron lagi? kenapa lauk ni je? Kenapa itu, kenapa ini.

Kalau ada anak-anak macamni, memang rasa nak terajang kan? Tapi mak aku diam saja. Cool. 
Today, at 60, she looks like she’s still in her 50s. Akibat tidak suka stress dan marah-marah.

Ya, aku pun tak faham kenapa ada lagi golongan yang masih mahu menghina surirumah. Memandangkan mereka membuat kerja mereka secara sukarela. Non stop everyday.  Tanpa bayaran seperti orang gaji. Kalau ibu kamu bukan surirumah pun, tentu sekali nenek atau moyang kamu seorang surirumah.

Dah, weekend ni kena balik rumah mak. Sajaaaaaa je

Ibu bekerja menjadi surirumah berjaya <-------tajuk nak front page aje 

 Gambar dicedok dari FB mak. Ini tahun bila pun tak ingat dah =P



Monday, 20 April 2015

7th Anniversary of Pregnant Lady (62kg) n Papa Mokmok (85kg)


Assalamualaikum

Hai!

Rasa macam cepat nyer masa berlalu. Sabtu semalam anniversary kami yg ke 7. Yg best part laki bini tak ingat okeh date tu. Mlm sebelum tu Isma siap gi melepak ngan Boy n aku dok melayan movie sensorang tatkala anak2 sudah sleep. Sehingga pepagi dpt whatsup from  group family isma wish anniversary.. eh eh eh? Dah la aku tgk whatsup tu dah kul 10 pagi. Maklomlah baru bangun tidor hohohoh Isma? time tu masih membongkang lagi. Tunggu dia bangun terus bgtau dia hari ni anniversary kitaaa laaa...Along n Kak mi wish pg tadi.. tp reaksi dia? Emmmmm... eeeemmmm jek? sendu sgt!





Tahun ni syok la sikit anniversary sebab tengah pregnant. Tak dek sambut ape pun, sabtu petang isma kerja di Subang, siap before tu gi main ball jam 3 petang. 3 petang ye! Manalah dia dpt ketahanan kulit dek terkena matahari. Balik2 rumah berbelang badan. 
Irish n Iman dah mcm abam babam kawasan. Cuma aku perasan kan 2 panglimas tu diaorang macam nak geng ngan Isma jer. Kalau Isma balik time diaorang tengah menyusu, terus letak botol menggelupur berlari ke pintu. atau tgh leka tgk big heroes dlm bilik berlari memasing ke Papa. Kalau Papa keluar gi main ball kan, diaorang bergayut dekat tingkap bilik tu jerit papa! papa! bye papa. Sebab tingkap bilik diaorang tidor tu berdepan dengan balcony nak ke lift. Kalau ngan aku, memasing buat derk je. Irish tu okey sikit sambut mom kat pintu sambil sengih2. Dia pandai amik hati. Isma tu memang big fan no 1 Iman la... Kalau dia tengah main dengan Isma and begelak ketawa depan tivi, aku pun nk nyelit sekali nanti dia pandang n kata ‘Mom go sanaaaaa, Mom tak boleh’ T______T


Haha. Kecik hati aku. Pastu aku ngadu kat member kata Iman, irish n Isma pulaukan aku kat rumah. Taknak main sama-sama. Diaorang tak sayang aku. Kata member, anak lelaki memang macam tu. Sebab diaorang sama-sama ada ‘bird’ macam Papa dia, so macam ada chemistry la. Gitu.


Time bila nak ngan Mom dia? Time nak tido and time sedih/nangis and time sssshh/popo kena teman tunggu tepi bilik air. Pasrah jer lah mom. Time bersukaria-ria tadek eh? Memang they tend to play and bergelak ketawa dengan Bapaknye. Sebab biasanya Bapak lebih suka layan main sebab kiter emak-emak kan bizi buat kerja kat rumah? Nak kemas umah, lipat kain semua nak sediakan makan bagai. So mana ada masa sangat nak main ngan anak melainkan kalau ada bibik ah.


Kalo ada bibik senang. Nak lagi best ada bibik, driver, tukang masak, tukang jaga anak. Laaaagi best! **Banyak cantik muka ko kan? Bila gamaknya boleh dpt tu? wink wink wink

Mengimbau kenangan 7 tahun lepas. Alaaaaaa. Jangan kutuk plisssss. Biasa la kan? Time kawen la baru nak berangan posing macam ni. Dlm ni dah boleh tau sape yg garang sape yg tak haha!

 
Ni dah 30 weeks. Ala pic last week pun. Bila tunjuk kat group wahtsup high school siap mentined situ iras-iras Mia Ahmad ~~ Diaorang ckp TAK LANGSUNG! TEMBUN LAGI ADA LA.. kuang ajor haaaahaaaaa. tk leh bg chance mak buyung up iras2 retissss 


Bukti Isma memang hover aktif main ball. Berlagak tuuu Isma siap bg statement Bie tak pernah masuk paper kan? Aku kan tak nak kalah, hellooo muka saya pernah jadi cover dinding branch RHB Islamic seluruh malaysia okey. Siap dpt duit lagik
Isma : Setakat 200 ratus baik tak payah....*gelak gelak


Tak kena jotos dengan aku pulak. Gerrrammmmm!! E!


 IRISH

IMAN

PRICELSS...

 
Ni ke naluri ibu/isteri cantik yang orang duk cakap2 tuhhh ??

Alhamdulillah. terima kasih Allah.  :') 


Cepat sangat masa berlalu....




 
copyright of This Is Just Anak Abdullah since 2013.Design by Anak Abdullah