Nak citer pasal Iman Imon la hari ni.
Sebab dia wangi pagi tadi (tetiba) walaupon tak mandi hantar dia gi daycare. Tak lama dah masuk tiga tahun. Alhamdulillah sihat-sihat aje iman selepas keluar hospital 3 hari lepas. Bebetul jam 2 pagi selepas raya haji kami laki bini cargas bawak dia ke Hospital. Dia batuk sampai tak boleh tidur malam dan nafas yg turun naik laju sebab batuk. Bila doktor cakap admitted terus mom sebak. This time dia demam agak strong up to 40. Terkejut sangat mom. Dah la mase cucuk jarum kat tangan menjerit satu hospital boleh dengar. Mom ni doktor dah siap pesan duduk jauh2 haha.. doktor pon tahu kang kalo mom ade sekali mau meraung bejemaah.
Sekarang ni kalau nak bagi dia makan
dah tak ada drama dah. Pantang suap mesti nganga. Dulu kalau nak bagi dia
makan kena time dia leka tengok tv. Tu pon bila hulur sudu kat mulut dia
geleng-geleng. Belum rasa dah taknak. Pepenat la Mom kau ni masak banyak cantik
tak nak makan?? So kena bagi jugak dia rasa. Lepas first suap usually dia dah
nak makan tapi tetap takes time giler. Makan pastu main loncat lompat2. Kunyah plak dia
ikut sunah nabi, 40 kali kunyah. Pastu kena kejar dia untuk suap. Kekadang kena main ton ton todak (mainan org dulu2 - Iman duduk atas kaki aku then kena angkat kaki sampai lah lagu habis. Sila imagine aku punya mengah jgn citer laaaa) aku agak impressed
sebab boleh sesabar tu sebab aku dulu adik angkat rimau. Garang nak mampos. Nak suap anak makan punya pasal apaaaaaa pun boleh buat
Iman ni dia lebih suka makan biskut dan roti. amboiii mat salleh sangat la? Tak kisah apa jenis. Bagi je. Tadek
masalah pon nak bagi dia makan manis-manis as long as tak berlebihan and
makesure dia gosok gigi. Sebab nanti gigi mereput dah tak hensem. Walaupon
usually Iman lebih banyak gosok dinding and lantai dari gigi tapi takpe. Kiter
kena tabah.
Coco crunch dia suka. Segala jenis kekacang pon dia suka. Aritu bagi kek carrot sampai mengejar aku suruh
suap. Bebudak kecik cenggitu la. Suka la makan manis-manis macam
tu kan? Biar dia rasa. aku memang bagi je tapi dengan kuantiti yang terkawal la.
Nanti kalau asyik bagi junk food, makan nasik pon dah taknak.
Nak papa suapkan. Yes! Mom boleh relex |
Suka mengacau bambam dia. Elok bambam tu main car susun buat mcm keretapi, tetiba otromen kecik ni dtg lalu menyepak car2 tersebut. Harus lah bambam tu hangen kan. Ok sekali tak pe. Masuk kali kedua, memang kena cepuk la iman tu ngan bambam. Manusia ni ada juga tahap kesabaran dia kan? ha ha
So far aku rasa
bersyukur dengan perkembangan Iman walaupon I hope more but I know that kiter tak boleh selalu compare kemampuan
anak kiter dengan baby lain. Tak baik Both. For us and for kid itself. Nanti
stressed.
Sebab aku pon tak suka golongan emak
yang terlalu bangga compare anak dia dengan anak kiter depan-depan show that
anak dia paling bijak dalam dunia and anak kite tak bijak macam anak dia, so aku pon elak untuk bercerita lelebih. Ada tau golongan emak macam ni? Sesungguh tu
nak tunjuk capability anak dia depan kiter. Apa-apa pun pelan-pelan kayuh. Hidup ni bukannya pertandingan. Bior le orang lain nak tiba dulu. Cenggitu =)
Iman ni aku nampak kepala angin dia.
Kalau main dengan kekawan kang tetiba je nanges tak puas hati. Tu tak pelik la
sebab main ngan kawan. Kekadang main sorang pon tak puas hati kat diri sendiri.
Haha. memang dia manja. Suka merengek. Kalau nak apa apa tak reti
der nak mintak elok-elok. Dia akan merengek. Eeee geram jer! Perkataan paling
dia suka ‘nak milk milk mom'. Kuat pulak tu. Masa kat hospital satu wad boleh dgr dia sebut. Cecepat aku tekup mulut dia hahaha maluuu dia dah nak 3 thn kan.
Iman ni perangai dia
lain ngan bambam. Tu perangai nak menang membawak la sampai sekarang. Kalau
main lumba2 lari dengan bambam atau kawan2 kena menang. Berlumba kalau kalah, nanges. Terpaksa la bambam tu buat2 lari slow.
Pheewwww. Dah panjang sangat dah ni
cerita pasal iman. Semua orang dah menguap dah pon. Hahaha. Last
sekali share cerita masa kat hospital ntah hari ke berapa iman berdiri atas katil hospital, tangan dia sempat cubit pipi nurse yg tengah check patience katil sebelah. Kemain kan? Sunat pon belum dah
tau cubit pipi pempuan cantik. Amboi...
No comments:
Post a Comment