Hari ni mood ada sedikit
kelaut...masuk opis terus merempan sorang2 dalam bilik stor. Tutup pintu bilik
menung depan handphone lepas tu mata layu2 macam nak tidur.
Ntah apa
yang aku monday blues pun tak tahu.
Susah hati jugak ni pagi tadi kejut Irish bangun pagi tup tup badan dia dedor. Eh semalam elok melompat2 main bagai. Last-last tinggalkan dia dgn nanny. Hantar Iman je ke daycare.
Ni cerita yang dah masam. Simpan dah berminggu-minggu.
Tapi atas rasa kesian kat kawan-kawan Ittar aku share serba sedikit ye.
Kekadang terasa cam nak mengutuk si polan ni, aku gelarkan dia S lah senang citer-----> gigih ni siap kaler and bold. tapi aku tak nak tulis teruk2 pasal blog aku ni bukan medan mengutuk mencarut semua tu. Jadinya dalam ni aku tulis yang manis2 jerk... Tadek kutuk orang, tadek
sakit hati.. Malahan semuanya yang indah2 belaka. Maka mari kita siap puji si S
tu melambung2 okey? Apa tujuan ntah. Hehe
Kan aku pernah cerita, aku ada group ITTAR dalam wassup budak2 kelas aku je semunya. Ramai tak ramai lah sekali letak HP, tengok2 beribu2 msg masuk. Asal tido malam tit tot tit tot bunyik wassup masuk. Tak tenteram hati aku tgh geli2 dgn isma kahkahkah
Memang happening. Kadang dalam kereta dgn isma aku dok kelebet berwassup ngan diaorang. Isma tak boleh tahan nengok aku gelak2 sensorang depan HP, korang tau tak, siap sound " tak habis2 bermsg".. elehhh dengki lah tuuuu. Aku tahu dia nak layan gosok2 peha debab dia tu tapi tak nak cakap. Nasib laaaaa
Sambung balik.
Dalam banyak2 member dlm group aku ni ade lah sorang ni agak poyo. Yang si S ni lah. Tapi aku tak ambil port pon. Mungkin cara dia mmg mcm tu. Eh banyak benda lain lagi aku boleh pikir drp memekirkan kepoyoan S ni.
Poyo dia tu makin lama main dasyat sehingga masa bulan puasa setiap kali dia jelajah Param dia akan tgkap gambor makanan yg dibeli dan siap menioned brp hengget berhabis. Takat 50-60 hengget tu biasa bagi dia yg tak ada kerja tetap. S ni claimed dia cuma freelancer. Kerja nya jual-jual powerbank dan berlepak minum adalah di stabak.
Setiap kali dia bershooping di Sogo mentioned rm1K berhabis utk satu malam. Dan semua2 itu adalah perkara yang dia akan up serta tempekan gambar di wassup group.
FINE.
Orang kalau dah biasa menipu, dia lupa apa yang dia cakap dan apa yang dia buat. Contoh yg si S ni terkantoi. Ada la kawan2 group berbuka tmp best2 di luar dan tempekan gambar sekali. Then S ni ala ala sedih bgtau dia thn ni tak berbuka langsung di luar. Semua di rumah. Padahal masa minggu 1st puasa S siap mentioned kat group berbuka di hotel, member dia manager hotel. Eh ko dah kenapa S. Kot yer pon tak dapat jadi pelakon slot akasia...jgn ahhhhh macam ni. Bila dah kena kantoi dengan Liza (yes, liza ni memang bagi setempek je) dan dan S cakap terlupa dia ada berbuka di luar.
FINE LAGI. Korang mesti rasa bukan lah issue besar sangat pon kan hahaha.. ada lagi cerita S ni. Memang bikin panasssss
Tak semua orang nak kawan dengan kita dengan
ikhlas dan jujur. Even yun (admin group) ni buat group ITTAR wassup sebab nak keep in touch balik kawan2 dah kenal lebih 10 tahun. Cari balik no phone kawan2 lama, invite masuk group and kat wassup kami jumpa dan berjaya buat ghatering awal thn itu hari di tasik titiwangsa. So bila ada sorang ni buat hal jadi tak best.
Aku dan liza memang dah perasan ada tak kena ngan S ni. Tapi mcm tak baik lah buruk sangka. Masing masing tak ambil port. S ni baik je. Kadang lunch ngan aku and liza sekali. Sesambil lepak makan, S ada lah mentioned mak dia penaung since 2010 di rumah anak yatim Baitul Ummah. Kalau nak bagi sumbangan duit, pakaian, makan, minum boleh pass kat S ni. Aku and liza angguk2 je lah.
Nak dijadikan cerekarama nya, S ni pm sorang-sorang dalam member2 Ittar ni. So ada yang bagi derma rm50 and ada yang bagi duit zakat RM350. Yang bagi duit zakat ni, Erda ni nak la resit sebab nak claimed income tax utk pengecualian cukai. Sampai ke sudah S kata memang selama hari ni Baitul Ummah tak pernah keluarkan resit. Eh kan ke sangat fishy di situ. Kiteorang yg tk bagi sumbangan apa apa ni diam je la and tak tahu siapa yang dah bank in duit pada S ni. Bila erda bagi tahu dia dah bank in duit Masa tu kami ckp kenapaaaaa tak bincang ngan kiteorang dulu.
Erda ni bijak jugak (dalam kesengalan dia tu). Dia call no phone rumah baitul ummah yg dalam website tu. Call No office tak dapat. Line macam kosong je. Lepas tu, call no handphone ustazah azlina, tak berjawab, tapi erda tinggalkan pesanan dalam wassup. Selang beberapa minit tu ustazah tu call... haaaaaaaaa masa ni semua cerita terkeluar.
Ustazah tu terangkan rumah anak yatim baitul ummah dah lama tutup since 2011. Utk pengetahuan korang ye rumah anak yatim ni di Setapak Indah area2 danau kota. Memang dah kosong rumah tu but now mereka dah moved to cheras disebabkan banyak sangat penipuan orang mengaku agent kutip derma menggunakan nama Baitul Ummah. Masa tahu cerita tu berdebar2 aku. Erda tu terus call aku cerita semuaaaaaaaaaaa.
Yang aku ni sebab rumah dah dekat sangat ngan rumah anak yatim tu, terus ajak isma singgah tengok kat Danau Kota tu. Nak tengok sendiri apa yang ustazah tu cakap. Memang dah Tak ada. Zero. Kosong.
Lepas dah semua tahu cerita, masing2 jadi raksasa gorgon dalam wassup group, yang kaum pompuan la especially. Memang marah sampai putus urat kentut. Sampai kaum laki pon serender lah nak masuk campor. Aku masih tak melahar lagi sebab aku tak terkena kan. Aku cuma ugut nak report polis je. Dah 10 mins kieorang mengamuk, S ni muncul. Mula mula dia belit jugak. Lama -lama dah tahan gamaknya kena pressure ngan team power puff girl ni, terus pm kak ILA personnal mengaku memang duit tu dia amik.
Dah dia mengaku, mengamok lagi kiteorang ni buat kali kedua. Aku rasa masa ni S pon tadah jer lah. Dia kata dia akan ganti balik duit yg dia ambil tu secara berperingkat2.
Yang buat kiteorang marah sangat sebab -
Satu - kau tikam kami dari belakang. Serik...no more bagi muka...especially
yang bersangkut dengan duit atau barang makesure ada hitam putih. No more kau
kawan kami so kami percaya jer lah.
Dua - Kau pompang pompang shooping sakan belakang ko selak duit zakat dan duit derma
Tiga - Kau nak menipu tapi tak cerdik. Kau main petik nama rumah anak yatim baitul ummah yg dah lama tutup sebenarnya utk kau gunakan nama tu kegunaan peribadi.
Empat - Kalau erda tak call ustazah tu, gamaknya sampai ke sudah lah kau buat kerja2 menipu ni ye? dan sampai ke sudah la duit zakat dan derma itu burn begitu sahaja? Macam tu? dan utk bulan ramadhan akan datang kau akan guna pakai dialog yg sama utk minta sumbangan?
Malam yg telah S kantoi tu, dengan sendirinya S mengeluarkan dirinya daripada group wassup ittar. Dipersilakannnnnnn! Tau pon kau sendiri malu kan...
Peluh2 haku menaip kali ni. Lega ok dapat lepaskan...bagi yang terasa nasibbb lah ya!! Aku tak pandai bercakap tapi aku cuma pandai menulis.....
Bukan apa, Tak mau dah ada penipuan2 menggunakan nama Anak yatim ni. Tak sangka member sendiri membuat onar.
UNTUK S, kalau ko baca ni harap selepas kes ini muhasabah diri dan fikir balik kenapa orang tak nak kawan dengan kau. OK Bai!
No comments:
Post a Comment