Gitu kan tajuk macam show kat TV tetap nak
berangan jadi fofular. Before Hari Natal aku bagitahu nak balik kampung kan.... We all teruja macam lah 10 thn tak balik! Irish hari-hari nak balik bola kampung opah, nak balik bola kampung opah.
Kami balik ke Lenggong kampuang Isma. Walaupun kampung dia Yarabbi jauh nak mampus.... sampai tenggelam tulang bontot aku tak
sampai2 jugak. Masuk highway....redah bendang ...naik bukit turun bukit.... jumpa pekan kecil lenggong.... baru sampai kampung Isma. haha ok la.. tak la jauh mana sangat. Hati tu bersenang lenang sebab dekat kampung tak payah masak! elehh mcm lah kat KL ko masak sgt kan?
Sebelum bertolak, pergi seremban dulu ambil Mak isma dan anak buah isma, Balqis. Baru patah balik ke kl masuk tol jalan duta.
Kat kampung we all tak pergi mana2. Pergi kenduri kawin dan pergi ke Kuala Kangsar kampung ayah aku. Rumah pun dah lama tinggal. Once opah putih aku meninggal thn 2004 dah tak ada sapa duduk rumah tu. Sayang sangat sebab rumah kayu besar pulak tu.
Ni lah rumah arwah opah aku. Masa kecik2 waktu hari raya berkumpul sepupu saudara mara. Best giler wehh.. kami bantai main badminton dlm rumah. Dah kata luas.
Naik ke anjung rumah
Lepas tu jiran sebelah rumah tanya aku siapa dah nengok aku bergambor sakan kawasan rumah ni. Aku ckp cucu opah putih anak Dollah. Haha. Dia ingat bapak aku. Tapi aku dia tak kenal la
Lepas tu dia cerita
"rumah opah kamu dulu ada org sewa. Tak tahan deme. 3 hari je. Teruk kena kaco"
Hoih..meremang yer. kalau tak tau tak pe. Ni dah siap naik ke anjung bagai. Tapi menten cool. Muka harus kontrol walau dlm perot bergelombang. yer la nokk rumah dah 10 thn tinggal.
Depan rumah opah ade pokok rambutan. Renek je pokoknya. sebab tak ada org jaga kan. Gigih kami petik penuh satu beg plastik. Keluar peluh2 betina aku
Konon2 nyer nak berlindung dibawah cahaya matahari
Tak nak balik ni diaorang ni. Jakun! Budak Bandar. Dapat petik rambutan dah rasa mcm
menang pingat mas sukan olimpik
Dah rembat buah rambutan, dah tahu kisah hantu moh la kite berasur dulu. Kami ke
kampung nanny (Mak aku) pulak jumpa tok aku yang masih ada lagi.
Sebelum tu singgah kejab ke sekolah lama Ayah aku. nak bgtahu la kat anak-anak ni sekolah tok diaorang.
laju2 wassup ayah aku gambar ni. Dia reply kata kelas ayah tingkat atas ujung tengah.
Keja aku nak pergi tengok. hahahha tangkap gambar kat sini sudahh
Bila sampai kampung nanny, tok aku tgh melayan bekas anak murid dia datang melawat. Tok aku ni pencen guru besar.
Penyokong tegar UMNOngok ni hahahha eh tersasar pulak
Control hidung...walaupun kedutan muka
sudah bertambah. Takpe2 nanti aku gi tanya Zilla Bakarin kat mana dia buat
suntikan Kologen.
Kat sini pun heaven juga dengan rambutan kampung. Asli original. Aku suruh isma kait sebab pokoknya tinggi kau. Aku dah try buat tak maunya jatuh ke tanah.
Maka aku kutip makan jer la. Makan jangan tak makan. Kurus mana
cantik....gemuk kan cute! (sedapkan hati sendiri)
Perrggghhhhh
terubat rindu
Suapan harusslah kontrol tak nak nampak gelojoh di situ
Bawah ketiak, celah peha, celah bontot, celah tetek semua basah uolls kepanasan.
dah bermandi peluh tapi tetap tunjuk kemacho-an nyer
Lepas tu gerak balik ke kampung Isma semula, aktiviti diaorang.............
1
2
3
Berjemaah lagi! Terbakar je aku. Kat KL pun boleh tudur laaaaa
Suasana kampung lagi terasa best di kampung isma dengan air nya sejuk dari bukit belakang rumah. Time subuh tu......i tell U mmg ngeri lah air kena kulit. Rasa nak tayamum pakai tanah. Walahweh sejuk sampai naik-naik biru jadi gatal tapak tgn nii. Kampung dia terceruk. Kalau tak, tak de lah kebas pepek aku ni balik ke sana kahkahkah
Bersama sepupu yang memang duduk di lenggong
layan sikit kerenah anak2 aku yang tak berapa ramai ni
Apa Bie... Kontrol sikit perut tu. Tarik napas hembusssss... tarik napas lagi 8x
Korang tengok tmp pengisar kelapa tu. Mak mertua suruh aku parut kelapa, kental lagi aku pergi beli kelapa dah siap kat kedai. Tak kental kottt guna mendalah ni
Kau tengok muka anak aku
ni.....tercenggang tgk orang ramai. Dah kata kenduri kampung. Memanglah ramai umatnya. Siap tetamu menari-menari lagi. Sporting habis. Diaorang tak tgk mak dia menari
lagi....confirmed terus melopong.
Mak isma (tudung Pink) dan adik beradik mereka
Gelabah kan!
1 comment:
tang gaya duduk menten...lipat katak..hahaha...kalo aku krem sudahh!!
Post a Comment