Semalam malam tgk masterchef all stars. Azwan Ali tersingkir sobb sobb.. motip sedih? hahaha Tapi kalau tak ada Azwan ni tak best la aku rasa, dia ni lah penyeri, kadang suka melahar orang tapi penggunaan ayat yg kelakar. So orang dengar pun tak sakit hati. Pasal Azwan la aku tgk masterchef. Orang kutuk dia, meluat dengan dia org tetap jugak tengok nyahh.. eleh kena kutuk pun dapat juga abang dia YB... Kau ada? kahkahkah
Nanny punya heppy siap ckp Yes yes azwan keluar *menantunya gelak nengok nanny hover.
Ko tgk Azwan memang drama king habis ni. Giler kuat tgk drama melayu dia ni. Aku suka je azwan walau all stars lain ckp dia propa tapi dia tetap suka hati aku lah bedah! Hahahaaa..
Ni baru betul mengimbau Azwan Ali masa muda-muda. Korang jgn gelak tau.... ensem tu mamat ni. Aku dengar sekali eh layan pulak... Maklumlah aku kan jiwa muda agogo tapi di hati tetap lagu klasik 60-an hahaha
NEXT
Aku suka kucing. Suka laaaa sampai kemek-kemek kucing tu aku kerjakan. Since dah kawin tak pernah pun bela sekor. La ni dah duduk rumah bertingkat lagi la tak boleh bela. Nanti kena sound dengan orang maintainnace. Mana boleh ikut kepala kita jer. Di rumah nanny je la dpt main dengan kucing. Lagi satu iman tu jiwa brutal selamber dia pijak atas perut kucing tu tgh sesedap tidur. Keluar muntah hijo kucing tu. Tak pun dia tarik ekor. Kucing tu mesti fobia tgk iman. Pastu dengar la suara nanny menjerit. Shiaann kucing nanny jadi mangsa keragusan iman cinonet atek aku.
Irish setakat tengok je. Nak suruh dia pegang memang lah idak jawabnya. Dia kan mat leleh. Sikit -sikit takut, sikit-sikit geli.
Tertawan tak dengan kelemakkan dia?
Orang yg suka bela binatang katanya prihatin dan kasih sayang dan penyayang....... NEXT
amboooi macam good good je banyak benda nak nak cerita. Hehe
Mood rajin membakor datang dengan tiba-tiba. Aku mengaku memang malas. Semua benda malas. Makan je rajin. Tapi tgk jugak makan kat mana. Makan kat luar rajin. Makan kat rumah malas sebab kena masak kan hahahahaa *jgn contohi sikap aku
Tajuk kek kita kali ini adalah legam menawan kek kurma moisturizer. Haaaaa kau! tajuk haruss lah World kelas setanding dengan kalernya.
Kahkahkah. Konpius apesal legam sangat
Manusia yg bermuka sardin je ulang alik ambil kek
NEXT
HAHAHAHA Brp kali next daaa.. suka tak? Suka tak? Suka tak baca panjang berjela-jela
Semalam juga dia buat hal. Aku dah mengantuk dah baring pun atas katil dia mintak susu. Ok fine aku bangun turun ke bawah buat susu. Ibu mithali la katakan. Bapak kamu sedap tergolek depan tibi tgk bola kann.
Dah siap tu aku bumm balik atas katil. Ingatkan dia sama bumm minum susu. Rupanya dia main tonggeng-tonggeng botol susu atas katil. Meleket-leket cadar jadinya. Jadi singa betina la aku kejab. Dah satu hal kena salin cadar baru. Menjejeh-jejeh air mata, hingus kena tempik dengan aku. Bukan takat bertempik aku sorok botol susu dia. Tu yang menangis tak hingat tu.
Dah reda marah aku tu pujuk dia peluk-peluk sambil baring. Elok je dah lepas tu...........
"Mom, nak tepon mom"
Hoooi! Sudah sudah. Tidur. Mom mengantuk ni.
1 comment:
Amboi, kek kurma tu. Klu rupa legam tp org dah ulang-alik ke dapur amek kek maknenya.....sodaplah tu. Hahahahah!
Hehehehe...peel si kenit. Biasalah. Dia tak ley tdo. Dia dok men2 botol susu tu. Mcm Aydin gak la....
Post a Comment