Assalamualaikum
Hari ahad baru-baru
ni, cam biaso aku telah mengekor isma ke Bukit Jelutong untuk tengok anak-anak main bola
sepak dan memberi moral support dan menjadik ketua gengster atau kaki pukul penyokong kepada team Irish and Iman.
Eleh.. Tengok
main bola tu tujuan kedua sebenarnya, tujuan ketama ialah melepak-lepak bersama
mom-mom yang lain. Lepak dalam erti kata
sebenarnya ialah bergurau senda, bergosip-gosipan dan MAKAN, Makan Makan Makan! Lagi-lagi makan.
Aku nak citer banyak pasal bola semua ni pon tak pandai sebab tak
berapa nak tau. Senang cerita begini, Isma ada menubuhkan kelab bola sepak tajuknya Putrajaya United Football Academy untuk kids lelaki dan perempuan usia minimun 5 tahun hingga 17 tahun. Tempatanya di Putrajaya Sec 8, Setiap hari ahad, jam 9.00 pagi. Kelab tersebut dah start dah dari Disember 2015.
So, paling mudah untuk semua worang kalau nak join ialah call atau whats up my Isma gemok di 013-6282 282. Korang call, whats up je Isma tanya dia berapa monthly fees apa semua tu. Tak boleh hutang-hutang semua ni or 5 kali bayar macam main kutu periuk dekat kampung. Hahahaha. Once bile dah join, Isma akan bagi set baju bola free. FREE Ye.
Lepas tu, nanti lepas raya diaorang ada match friendly game di Melaka pula. Haaa dont play play aaaa.. Team Kelab Isma ni merata dah pergi lawan bola. Yang utamanya tiada siapa pernah injured, memang selamat dunia akhirat. InsyaAllah.
Geddit? So sekarang dah boleh slow talk dengan suami atau isteri lepas tu zaaaaaaapppp WhatsApp !
|
Tak silap aku, gambar ni masa bulan pertama Kelab Putrajaya United ditubuhkan |
|
Friendly game dengan kelab bola sepak budak-budak Jepun. Comel betul. Siap keeper diaorang budak perempuan rambut tocang. |
|
All the coaches. Yang buat aku kagum dengan bebudak ni, dengar 100% apa yang coach bagi arahan. Sikit pun tak melawan. Bila time training, siapa yg masih melepak tepi padang tu kan, siapa lambat, coach kira 1 sampai 10, menggelupur semua masuk padang haha
Para-para coaches pulak bukan calang-calang orang ya. Semuanya bekas pemain-pemain professional pernah main untuk negeri dan kelab ternama di malaysia. |
|
Friendly game dengan team PKNS |
Dulu Isma main dengan team Malaysia dan KL tahun 1997 kan. Dia main defender, tapi anak-anak macam tak minat ke arah sukan bola. Senang cerita tak minat bersukan lah. So, bila papa nya sendiri menubuhkan Putrajaya United ni, papa gesa lah jugak anak-anak dia join. Masa mula-mula join, Irish dan Iman main hentam jerk. Bayangkan la, main tadek ikut sistem. Main tarammm jerk. Dia la striker, dia la defender. Kekadang aku tengok diaorang penat kejar bola satu padang, golnya tak jugak,
bukan setakat gol, sentuh bola pon tak. Terasa macam kena ayam-ayam jerk dengan
team kuat.
Tapi bila dah training setiap minggu, dah tahu sistem main dengan betul. Dah nampaklah progressnya dua beradik tu. Kalau diasah lagi, senang la hidup Mom and Papa kalau dua beradik tu terror main ball.
Nanti kami dok umah goyang tetek je la. Irish and Iman bagi duit juta-juta. Kata kaya
macam Ronaldo kan? Tiap-tiap bulan naik Cruise keliling dunia. Sebab nak
naik kapalterbang dah gayat. Haha. Takyah kata handbag Prada, kilang handbag
pon Irish and iman boleh bagi. Perrrghhh.
Berangannnnnn je. Ala. Berangan
kan free? Bukan boleh bayar. Irish and Iman kena pandai main bola macam Papa. Baru la Man. Lelaki
dia kena pandai main bola (selain dari dia kena pandai solat la ofcoz). **Petir
sabung menyabung.
|
Bersama Akmal Rizal, ex- player Malaysia |
|
Bersama Team Mate |
Korang sila la war-warkan pada sahabat handai semua eh?